Saturday 8 December 2012

KERAJAAN PULAU PINANG ANIAYA BUMIPUTERA



Tindakan kerajaan negeri Pulau  Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta didakwa adalah satu penganiayaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Tindakan itu ternyata menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah. Nampak sangat Lim Guan Eng pilih kasih dan rasis, hak bumiputera di Pulau Pinang langsung tidak dijaga.

Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang  sepatutnya iaitu  bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang.

Kenapa perkara macam ni perlu terjadi? Mana janji-janji manis Guan Eng nak menjaga hak kaum bumiputera?? Sedangkan kini nasib bumiputera di sana terabai dan tidak dipedulikan terutama orang Melayu di negeri ini.

Guan Eng perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat. Wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera.


Kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah  mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun  berkenaan tetapi tidak melakukannya. Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September  2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau  program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah,  ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera.

1 comments:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2012 Cik Yah Kata Seo Elite by BLog BamZ | Blogger Templates