Monday 26 August 2013

#BantahTPPA : Ancaman Penjajah Baru yang sangat terancang


Mari kita kongsikan serba sedikit tentang TPPA agar kita dapat tahu apa yang mampu perjanjian ini lakukan kepada bangsa, agama dan negara kita.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.

Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.

Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.

Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan.
Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik.

Tanpa maklumat yang lebih terperinci daripada MITI, terlalu banyak yang meragukan tentang perjanjian ini dan sebagai contoh mudah untuk penulis menimbulkan keraguan ialah tentang beberapa negara besar seperti China dan India yang tidak mahu menyertainya dan jika kita lihat negara yang penulis sebutkan tadi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat dan antara pemain yang hebat dalam arena ini.

Beberapa negara jiran Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian ini juga harus diambilkira .
Jika tidak salah penulis, beberapa bahagian dalam perjanjian itu telahpun diputuskan sebagai selesai oleh pihak perunding dimana perkara itulah yang menjadi tanda tanya kepada MTEM tentang apakah isi yang telah dipersetujui dan bagaimana ia akan dilaksanakan bersama hujah risiko untung rugi yang akan ditangung oleh Malaysia.
Penulis bukan pakar ekonomi tetapi bila diterangkan sendiri tentang orang yang arif tentang perkara ini, penulis merasakan perlu ada perbincangan meluas berkenaan dengan isi perjanjian dan kerajaan perlu mengambil masa mengkaji tentang banhtahan yang dibuat oleh badan-badan NGO ini yang juga merupakan pemain dalam sektor ekonomi negara.

Penulis akan cuba mengulas sedikit demi sedikit tentang TPPA ini dalam beberapa artikel akan datang dan diharap ianya akan menjadi panduan dan seterusnya membawa kepada bantahan yang lebih besar dalam "KEMPEN BANTAH TPPA" untuk kebaikan dan masa depan negara.


#BantahTPPA

1 comments:

Unknown said...

Sejak Tanah Melayu dijajah, Portugis dan Belanda gagal melemahkan kerajaan melayu. Serangan demi serangan balas dilakukan oleh Raja Melayu dan tentera negeri negeri melayu bersama sukarelawan. Penjajah melihat bahawa orang melayu tidak mahu mengalah. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British maka British yang telah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang melayu mendapati mustahil British boleh menguasai bumi melayu ini secara bersendirian kerana dua kuasa Crusaders telah gagal sebelumnya.

Agenda yang paling licik dan berkesan ialah mengimpot gerakan gerakan yang boleh melemahkan orang melayu islam. Maka Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda British ini. Rekod kejayaan Nam Tien yang dilakukan oleh orang cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang melayu Champa sehingga hilang seluruh bumi melayu Champa (yang kini dinamakan Vietnam bermaksud tanah orang Viet padahal itu adalah tanah Champa) menjadi sebab kuat untuk British membawa ramai orang cina ke tanah melayu. Orang cina yang diimpot ini dilakukan melalui gerakan kongsi gelap atau gerakan mafia cina bersifat bawah tanah. Maka bermulalah rancangan agenda bersama (Joint Venture) jahat British dan orang cina dengan menyuburkan gerakan kongsi gelap menguasai ekonomi dan merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap. British adalah dalang disebalik pembunuhan dan rampasan tanah serta lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis yang sebenarnya dibiarkan subur oleh British dan kongsi gelap berterusan sehingga sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme. Gerakan Komunis, NGO-NGO dan parti politik cina kiasu adalah sebahagian daripada gerakan Nam Tien (Menjajah ke Selatan) ini.

Sekiranya kita menyangka orang cina tiada kena mengena dengan rancangan menjajah tanah melayu atau tidak berminat untuk berkuasa dan menyingkirkan kuasa melayu maka kita silap! Bacalah sejarah penjajahan bumi Champa oleh orang Dai-Viet serta penjajahan bumi melayu Patani oleh orang cina Thai.
Orang cina Thai melalui kongsi gelap bersekongkol dengan pihak British untuk menjajah bumi Patani dan Pulau Pinang tanpa pengetahuan raja-raja melayu.
Tengoklah youtube ini! Lim Guan Eng pun bengang!
http://www.youtube.com/watch?v=HJbRTg3PmHs

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2012 Cik Yah Kata Seo Elite by BLog BamZ | Blogger Templates