Sunday 19 January 2014

#Bomba : Hero Yang Jarang Didendangkan


Comel kan adik-adik bomba kita ni?..

Sebenarnya Yah memang tertarik dengan Pasukan Bomba ni dari Yah Sekolah lagi tapi malangnya Yah tak dapat nak join sebab Yah ada Asma.. So, Yah pandang je lah kengkawan Yah yang dok berlagak pakai baju bomba tu...

Tapi cerita yang Yah nak kongsi hari ni bukanlah cerita Yah tapi cerita tentang #Bomba Hero Yang Jarang Didendangkan..

Bomba ni tak macam Polis, JPAM atau Pasukan Rela yang sering diperkatakan sebab terlibat dalam banyak operasi-operasi besar macam tangkap penjenayah, pendatang asing atau bantu jaga jalan 'time-time' kenduri.

Bomba ni kalau takda rumah terbakar takda la dia keluar dan orang tak nampak.. tapi hari ni Yah nak sembang sikit pasal betapa hebat dan bangganya menjadi anggota Bomba.

Antara kes yang terbaru melibatkan Bomba adalah kejadian kapal terbang Cessna yang terhempas dan juga kejadian bot karam yang berlaku di Mukah, Sarawak.

Tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan ketiga-tiga mangsa yang terlibat. Syed Haidhar Syed Zulkifli, salah seorang mangsa yang terlibat memuji tindakan pantas bomba dalam usaha mencari dan menyelamat.

“Saya fikir kami tidak akan terselamat, sekiranya pihak bomba tidak menjumpai kami pada waktu itu,” tambahanya lagi.

blogger-image-119252245

Kes bot karam di Mukah pula yang melibatkan 24 mangsa berlaku akibat dipukul ombak besar ketika cubaan membuat pusingan U. Mangsa yang terselamat menceritakan bahawa semua penumbang tidak memakai jaket penyelamat.

Sekali lagi mangsa turut memuji tindakan bomba apabila tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan 9 orang mangsa. Walaupun 13 orang yang lain masih di dalam proses cari dan selamat, namun usaha bomba menyelamatkan 9 orang mangsa tersebut patut dipuji.


Bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab seorang ahli bomba ini. Nyawa mereka sering menjadi taruhan dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat. Pekerjaan mereka yang sering terdedah dengan bahaya memerlukan lebih penghargaan daripada pihak kerajaan dan juga masyarakat.

Jadi Yah cadangkan kepada adik-adik yang dok melepak tu sertailah Pasukan Bomba.. daripada dok melepak tak tentu pasal, merempit sana-sini baiklah sertai pasukan menyelamat ni sekurang-kurangnya bila ada la jugak jasa pada masyarakat... 

So, itu je la cerita Yah untuk hari ni...

0 comments:

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2012 Cik Yah Kata Seo Elite by BLog BamZ | Blogger Templates