Saturday, 13 April 2013

Barisan Nasional Siap Sedia Bertempur Dalam Perang Maya

 
 
Rejim Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR sememangnya sangat dikenali di dunia maya sebagai ejen pemfitnah nombor satu yang sentiasa berniat jahat untuk merampas negara Malaysia ini dengan cara kekerasan.

Mereka sanggup mengkhianati negara, merosakkan bangsa dan memesongkan akidah demi perjuaangan songsang mereka untuk merampas Putrajaya.

Tetapi kini mereka sudah tidak boleh lagi sesuka hati membuat fitnah di alam maya kerana tentera Perang Maya Barisan Nasional (BN) sudah berjaya mengatasi kejahatan meraka. 

Berbanding  PRU 12, Barisan Nasional sememangnya lebih bersedia dalam perang maya ini dan kekuatannya kini sudah tidak mampu lagi ditandingi oleh Rejim Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Ini terbukti apabila fitnah dan serangan yang diatur oleh Rejim Pakatan DAP, PAS dan PKR berjaya dipatahkan dengan mudah oleh tentera-tentera siber Barisan Nasional (BN).

Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMB PPUM) sebagai peneraju utama jentera  perang maya Barisan Nasional telah mengaturkan tentera-tenteranya di seluruh Malaysia bagi menghadapi serangan bodoh dan fitnah Rejim Pakatan DAP, PAS dan PKR.

Mereka menyerang hujah Rejim Pakatan Haram DAP, PAS dan DAP dengan fakta-fakta yang tepat dan benar sekaligus menyebabkan mereka jadi tidak tentu hala dan gagal fokus dalam serangan mereka.

Selain itu banyak lagi unit-unit perang maya seperti Kumpulan Nadi Rakyat Malaysia turut aktif menyerang dakyah pembangkang yang selalu memburuk-burukkan pemimpin negara dan membuat fitnah membuta tuli.

Masa yang ditunggu kian hampir dan keseluruhan Jentera Perang Maya Barisan Nasional (BN) sudah lama bersedia untuk bertempur dengan jentera kafir milik Rejim Pakatan DAP, PAS dan PKR bagi memenangi PRU ke 13 ini.

Ayuh kita buktikan kekuatan kita, "KAMI SUDAH BERSEDIA" #PRU13..... Ayuh Gempur!!!!

Saturday, 8 December 2012

Tak belanja duit perumahan , Guan Eng aniaya orang Melayu

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta didakwa adalah satu penganiayaan terhadap orang Melayu di negeri itu.


 Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu juga ternyata menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah.



 "Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang sepatutnya iaitu bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang. 



"Saya kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri (Lim) yang mengabaikan dan tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama orang Melayu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)di sini hari ini.



 Beliau mengulas laporan media yang memetik Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd Nor Suhaili Jamali sebagai berkata Guan Eng perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.



 Mohd Nor dilaporkan berkata wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera. Azhar berkata, kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun berkenaan tetapi tidak melakukannya.



 Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain. Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera. 

KERAJAAN PULAU PINANG ANIAYA BUMIPUTERA



Tindakan kerajaan negeri Pulau  Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta didakwa adalah satu penganiayaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

Tindakan itu ternyata menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mempedulikan nasib Bumiputera terutama golongan miskin dan tidak mempunyai rumah. Nampak sangat Lim Guan Eng pilih kasih dan rasis, hak bumiputera di Pulau Pinang langsung tidak dijaga.

Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa wang itu diperam (disimpan) sahaja tanpa digunakan untuk yang  sepatutnya iaitu  bina rumah mampu milik dan kos rendah kepada Bumiputera di Pulau Pinang.

Kenapa perkara macam ni perlu terjadi? Mana janji-janji manis Guan Eng nak menjaga hak kaum bumiputera?? Sedangkan kini nasib bumiputera di sana terabai dan tidak dipedulikan terutama orang Melayu di negeri ini.

Guan Eng perlu memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan wang Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat. Wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan Bumiputera.


Kerajaan negeri boleh membina lebih 10,000 rumah  mampu milik dan kos rendah dengan wang yang terdapat dalam akaun  berkenaan tetapi tidak melakukannya. Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September  2009 bertujuan mengakaunkan sumbangan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau  program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah,  ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk Bumiputera.

KERAJAAN BN BANTU PELAJAR SEKOLAH DI SEBERANG PERAI SELATAN


Contoh Salinan pekeliling yang di edar kepada seluruh sekolah di Malaysia




Nibong Tebal- Kerajaan BN begitu prihatin membantu rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Langkah kerajaan BN memberi bantuan KWAMP sejak beberapa tahun ini mendapat pujian dan sokongan malah jumlah pemberian pun telah ditambah sejak tahun 2007.Bagi Daerah Seberang Perai Selatan bagi tahun 2011 kerajaan BN telah memperuntukan sejumlah wang sebanyak RM 792 200 yang melibatkan 3289 murid dalam kategori miskin dan miskin tegar.Sekolah -sekolah di bawah DUN Sg Acheh peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM 309 400, DUN Jawi RM 213 100 dan DUN Sg Bakap sebanyak RM 259 000.


Sebagai makluman bantuan KWAMP ini terbahagi kepada dua iaitu Bantuan Am Persekolahan yang diterima murid sebanyak RM 200 setahun dan Bantuan Bulanan sebanyak RM 50 bagi sekolah rendah dan RM 60 bagi sekolah menengah.Langkah pemberian wang ini membukti bahawa BN lebih serius membantu rakyat daripada kerajaan DAP Pulau Pinang. Kerajaan DAP hanya mampu memberikan sejumlah wang RM 100 kepada warga miskin setahun berbanding BN memberi RM 600 setahun kepada murid-murid.


Ini peringkat murid. Bagi peringkat orang dewasa yang miskin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka menerima RM 250 hingga RM 300 sebulan. Alangkah malunya kerajaan DAP yang bersorak besar untung RM 12 billion tetapi hanya mampu memberi RM 100 kepada warga emas, orang miskin, dan program anak emas.

Thursday, 8 November 2012

GEMPAR!! Nurul Izzah Bercerai Dengan Suami Kerana Murtad?! #IzzahPlural


Perempuan dan kisah panas tak dapat di pisahkan. Setuju tak uolls?? Haaa kalini Cik Yah Cun ada isu panassss lagi menggelegak. Kalah pisang goreng panasss. Mari kita tengok video kat bawah ni:


“Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”

Inilah kenyataan yang mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam yang diungkapkan oleh Izzah plural baru-baru ini ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Lazer betul mulut si Izzah ni ye.

Selain Izzah plural, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ,Mujahid Yusof Rawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas, Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Apa yang menyedihkan Cik Yah ialah Mujahid Yusof Rawa seorang ahli PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan Izzah plural ni.

Selain itu, macam biasalah pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah memulakan lakonan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Si ayah pula (Anwar Ibrahim) pun turut sama-sama menjayakan drama tragis ni. Anwar beria-ia mempertahankan anak kesayangannya.


Walaupun Mujahid Yusof Rawa menyokong Izzah, ini tidak bermakna ahli PAS turut menyokong. Buktinya Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan , ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Sebenarnya apa yang Izzah cakap ni menjerat dirinya sendiri sebab Cik yah rasa ianya bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya mendakwa mereka menyanjung Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Selangor pulak, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Cik Yah pun salute dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun anak big bosnya tapi tetap menyokong dan menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan ke atas Izzah plural berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama.

Beliau yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri itu berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.

"Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.

Cik Yah punya peberet Ustaz Fathul Bari ada keluar komen kenyataan Nurul Izzah di gereja itu seolah-olah mahu menggambarkan wujudnya diskriminasi agama di Malaysia, di mana masyarakat bukan Melayu diberi kebebasan beragama sedangkan masyarakat Melayu dihalang. Ish gila betol.


Sebagai sedara seagama, Cik Yah rasa wajib sangat Izzah plural mengucap dua kalimah syahadah dan berteleku di atas sejadah bertaubat atas apa yang telah beliau ungkapkan. Mungkin lebih sedih ialah izzah perlu bertanya dengan ustaz-ustaz tak kisah lah ustaz PAS ke PKR bertanyakan bagaimana agaknya ikatan perkahwinannya dengan suaminya…ye la takut dia dah “terkeluar” dan secara otomatik dia dah terputus ikatan.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri darim orang-orang muda yang masih cetek dalam agamanya. Mereka banyakl mengucapkan perkataan Khairil Bariyiah tetapi iman mereka masih lemah”. – Bukhari & Muslim