Saturday 8 December 2012

KERAJAAN BN BANTU PELAJAR SEKOLAH DI SEBERANG PERAI SELATAN


Contoh Salinan pekeliling yang di edar kepada seluruh sekolah di Malaysia




Nibong Tebal- Kerajaan BN begitu prihatin membantu rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Langkah kerajaan BN memberi bantuan KWAMP sejak beberapa tahun ini mendapat pujian dan sokongan malah jumlah pemberian pun telah ditambah sejak tahun 2007.Bagi Daerah Seberang Perai Selatan bagi tahun 2011 kerajaan BN telah memperuntukan sejumlah wang sebanyak RM 792 200 yang melibatkan 3289 murid dalam kategori miskin dan miskin tegar.Sekolah -sekolah di bawah DUN Sg Acheh peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM 309 400, DUN Jawi RM 213 100 dan DUN Sg Bakap sebanyak RM 259 000.


Sebagai makluman bantuan KWAMP ini terbahagi kepada dua iaitu Bantuan Am Persekolahan yang diterima murid sebanyak RM 200 setahun dan Bantuan Bulanan sebanyak RM 50 bagi sekolah rendah dan RM 60 bagi sekolah menengah.Langkah pemberian wang ini membukti bahawa BN lebih serius membantu rakyat daripada kerajaan DAP Pulau Pinang. Kerajaan DAP hanya mampu memberikan sejumlah wang RM 100 kepada warga miskin setahun berbanding BN memberi RM 600 setahun kepada murid-murid.


Ini peringkat murid. Bagi peringkat orang dewasa yang miskin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka menerima RM 250 hingga RM 300 sebulan. Alangkah malunya kerajaan DAP yang bersorak besar untung RM 12 billion tetapi hanya mampu memberi RM 100 kepada warga emas, orang miskin, dan program anak emas.

0 comments:

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2012 Cik Yah Kata Seo Elite by BLog BamZ | Blogger Templates